Diet Tanpa Senaman


5 Tips Diet Tanpa Senaman


Sebenarnya diet dengan membuat senaman adalah bagus untuk kesihatan kita tetapi mungkin ada sesetengah orang tidak menyukai senaman dan seringkali masa mencemburui kita.
Disebabkan kebatasan masa yang ada  menyebabkan kebanyakan orang tidak dapat mengikuti aktiviti senaman.
Tetapi ada caranya untuk diet tanpa senaman. Bagaimana anda mahu membuat diet tanpa senaman? Jadi, saya akan berkongsi beberapa tips untuk melakukan diet tanpa senaman.

1. Minum air masak/suam secukupnya.

Perbanyakkan minum air masak dalam sehari sekurang-kurang 3 liter sehari kerana bagus untuk membakar lebih lemak dan metabolisma dalam badan kita.
5 tips diet tanpa senaman bhg 1

Air jugak dapat menyejukkan badan kita dan dapat merelekskan kita punya badan. Kalau anda mengamalkan diet atkins,tips ini juga sangat penting.

2. Jangan meninggalkan sarapan pagi.

Walaupun kita dalam diet tetapi jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi kerana ia sangat penting untuk badan kita.  Sarapan pagi disebabkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti seharian, jadi ia memerlukan tenaga.
Janganlah sesekali kita terlepas sarapan pagi bimbang badan kita jadi lemah dan tidak larat. Perbanyakkan sarapan pagi boleh tapi elakkan makan banyak pada waktu tengah hari, petang dan malam.

3. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Kalau boleh pada waktu tengah hari,petang dan malam elakkan makan makanan berat dan gantikan makanan itu dengan buah-buahan seperti anggur, pisang, epal, oren dan banyak lagi ataupun makan banyak sayur-sayuran untuk mengelakkan rasa lapar.
Lagipun, buah-buahan dan sayur-sayuran bagus untuk kesihatan. Ia adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengurangkan berat badan kita.

4. Membuat aktiviti rumah

Jikalah anda malas sangat untuk bersenam dan tiada masa lansung untuk pergi bersenam cuba buat aktiviti di rumah seperti berjalan, menyiram pokok, membersih rumah  dan banyak lagi.
Amalkan berjalan 10,000 langkah sehari ataupun berjalan lebih 30 minit sehari ataupun menyiram pokok-pokok bunga di sekeliling halaman rumah selama 30 minit ataupun bersihkan rumah selama 30 minit.
Ini kerana, setiap aktiviti itu akan membakar banyak lemak dan kalori dalam badan kita. Sambil kita menyiapkan kerja di rumah juga memberi manfaat dengan membakar lemak kita sekali.
5 tips diet tanpa senaman bhg 2

5. Tidur yang cukup

Salah satu cara untuk turunkan berat badan adalah tidur dengan cukup selama 6 hingga 8 jam. Jangan sesekali kurang tidur atau terlebih tidur kerana akan menyebabkan badan kita akan menjadi letih.
Bila kita mendapat tidur dan rehat secukupnya badan kita akan selesa dan juga berat badan kita akan turun kerana semasa tidur jugak lemak dan kalori kita juga dibakar.
Kesimpulannya, hanya dengan mengamalkan 5 tips diet tanpa senaman ini dapat membantu anda kurus walaupun anda sibuk bekerja dan tiada masa untuk bersenam. Paling penting dalam apa jua usaha kita adalah konsisten.
Istiqamah dalam mengamalkan tips ini. Insya Allah. Diet tanpa senaman anda akan berjaya dengan lebih cepat malah berkesan untuk masa yang panjang.

info di copy n paste dari: http://qukurus.com
Diet Tanpa Senaman Diet Tanpa Senaman Reviewed by resepi on 2:39 AM Rating: 5
Reviewed by on Rating: 5
Powered by Blogger.