Terdapat banyak kelebihan dengan mengambil apple cider vinegar. Hangpa kenal tak MEGAN FOX??. Hot kan minah saleh tu... Dia adalah pengamal apple cider vinegar. Patutlah lah BODY solid ! Kulit mulus ! Megan memang tak pernah miss ambil apple cider diwaktu pagi. Di bawah mak senaraikan kebaikan Apple Cider Vinegar :
MANFAAT APPLE CIDER VINEGAR
1. Rambut: Memang diketahui umum yang Cuka Epal (ACV) dapat digunakan untuk membilas rambut anda selepas menggunakan syampu untuk menambah saiz dan sinar. Gunakan botol syampu yang lama dan isi 1/2 sudu teh ACV bersama secawan air. Sapukan pada rambut anda selepas syampu beberapa kali seminggu untuk hasil yang lebih baik.
2. Wajah: Tahukan anda ACV dapat mengawal pH kulit anda. Larut kan ACV bersama dua bahagian air dan sapukan pada wajah anda menggunakan bola kapas sebagai toner. Anda boleh berbuat sedemikian pada waktu malam selepas mencuci muka dan pada waktu pagi sebelum memakai pelembab wajah. Anda juga boleh menyapu ACV secara langsung pada kawasan gelap penuaan untuk mencerahkan kulit.
3. Kaki dan tangan: Tangan dan kaki and lenguh, bengkak selepas seharian? Lakukan rawatan spa pada diri anda dengan menyapukan ACV tangan dan kaki.
4. Kulit terbakar sinaran matahari: Kulit anda terbakar oleh sinaran matahari? Tambah secawan ACV dalam tab mandi dan rendam diri selama 10 minit.
5. Gigi: Tahukan anda ACV dapat mengeluarkan kotoran degil pada gigi? Sapukan pada gigi secara langsung dan bilas.
6. Selepas bercukur: Isikan sebotol air bersama ACV pada nisbah yang sama dan goncang sehingga larut.
7. Kawal berat badan: Untuk mengawal berat badan dan mengekalkan pH dalaman, tambah dua sudu teh ACV ke dalam sebotol air besar dan habiskan dalam sepanjang hari.
8. Detox: Tambah dua sudu teh ACV kedalam satu atau dua liter air. Minum sepanjang hari untuk menyahtoksik badan dan buah pinggang anda.
9. Pembersih serbaguna : Tambah 1/2 cawan ACV bersama satu cawan ar. Gunakannya untuk mencuci microwave, lantai bilik air, permukaan dapur, tingkap, kaca dan cermin.
10. Kutu: Campurkan bersama air dan sapu pada rambut yang menpunyai kutu. Juga selamat digunakan pada binatang peliharaan. Sapukan pada sofa kerana dapat kutu tidak suka pada bahan .
11. Sembelit : Elok untuk yang menghadapi masalah sukar ke tandas. Amalkan 2 sudu campur bersama air sejuk/suam . Diambil pagi dan malam.
Sumber copy and paste : http://www.familisihat.com
Kelebihan Apple Cider Vinegar
Reviewed by resepi
on
6:11 PM
Rating: