Yogurt rendah lemak telah terbukti mempercepatkan metabolisme badan seseorang. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak mampu mengurangkan berat badan dua kali lebih cepat. Ia disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1200mg kalsium sehari berbanding mereka yang tidak mengambil makanan ini. yogurt rendah lemak mengandungi kalsium dan protein. Ia menjadi sumber kalsium dan protein yang sihat dan baik.
#2 Omega 3
Omega-3 tergolong di dalam kumpulan essential fatty acid iaitu asid lemak perlu yang mana asid ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita. Omega-3 merupakan sejenis asid lemak yang baik dan bermanfaat untuk kesihatan.
Pelbagai kajian makmal yang telah dibuat untuk mencari kepentingan asid lemak omega-3 ini. Berdasarkan kajian asid lemak khususnya Docosahexaenoic Acid (DHA) boleh membantu mengurangkan risiko kemurungan (depression) pada wanita, membantu perkembangan daya penglihatan janin dan mengatur pola atau jadual tidur bayi yang baru lahir.
Omega-3 berfungsi sebagai pembekar atau pemecah lemak dan kolesterol yang berkumpul di dalam badan serta membantu mnegurnagkan selera makan. Nak kurus mestilah kena kawal selera makan..Kalau asyik makan je bila nak kurang lemak dan kolesterol dalam badan tu kan..
Kat mana nak dapatkan asid lemak omega-3 ni?? Sumber terbaik omega-3 ialah ikan laut dalam seperti ikan salmon.. mana nak cari ikan salmon?? Kat pasar raya besar adalah kan..Kalau kat tempat saya ni memang takkan jumpa la ikan salmon..biasa kalau tengok pertandingan masakan, ikan yang biasa digunakan ialah ikan salmon..Terliur je kan nak rasa makan ikan salmon..
#3 Daging dibuang lemak
Lemak pada daging dan ayam yang telah dibuang adalah antara makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak. Ini kerana tubuh menggunkaan lebih banyak kalori untuk mencerna.
#4 Telur
Telur juga merupaka sumber protein yang seimbang dan sangat baik untuk membantu membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot apabila anda kehilangan berat badan.
#5 Cuka
Cuka juga dapat membantu badan memecahkan lemak yang berlebihan dalam badan terutamanya sistem usus di perut, lemak di saluran jantung dan lemak di buah pinggang.. sebaiknya amalkanlah cuka yang dihasilkan dari buah-buahan seperti epal, kurma, anggur dan buah tin. Khal atau lebih dikenali dengan cuka bukan sahaja dapat mengurangkan kolestoral jahat malah dapat membantu mengurangkan asid-asid yang tidak diperlukan badan (menstabilkan asid dalam badan ), menurangkan garam berlebihan yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya.
#6 Limau
Buah-buahan jenis limau mampu meningkatkan tahap insulin dalam badan yang mana dapat membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membuat anda rasa kenyang lebih lama.
Serat adalah merupakan komponen diet yang penting ketika proses menurunkan berat badan. Disamping mengurangkan nafsu makan, ia memberi kita rasa ‘kenyang’ dengan melambatkan pergerakan makanan dalam sistem pencernaan kita. Makanan berserat juga memerlukan kita mengunyah dengan kadar yang lebih, membuatkan kita menikmati makanan lebih lama dari biasa, sekaligus mengelakkan tabiat makan secara berlebihan.
Selain itu, kajian juga menunjukkan mereka yang mengambil kurang serat dalam diet mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk naik berat badan berbanding mereka yang mengambil lebih serat dalam diet mereka.
#7 Cili
lagi pedas cili itu lagi baik kesannya dalam meningkatkan metabolisme
info diambil dari; http://akmalrusyd.blogspot.my
7 Jenis Makanan Bantu Bakar Lemak Dengan Pantas
Reviewed by resepi
on
8:00 AM
Rating: