Kajian: 6 Jenis Sarapan Ini Dapat Bantu Kurangkan Berat Badan

Ramai yang ambil remeh dengan pengambilan sarapan pagi. Sarapan pagi membantu mengawal selera makan dan kurangkan pengambilan kalori.
Sarapan pagi yang sihat, sekaligus mampu menurunkan berat badan. Anda tiada lagi masalah kegemukan.
Menurut sains atau kajian yang dilakukan oleh pakar, 6 jenis sarapan ini adalah yang paling terbaik untuk kuruskan badan!

1. Telur

Telur kaya dengan sumber protein dan asid amino terbaik, 94% protein bersih berbanding kira-kira 70% bagi daging dan ayam. Kandungan protein tinggi buatkan anda rasa kenyang lebih lama.

2. Sosej Ayam

Daging tanpa lemak, digandingkan bersama telur, akan menambah kandungan protein dan zat besi. Sosej ayam bukan sahaja rendah kalori dan lemak, malah tinggi kandungan protein.

3. Kekacang

Kacang badam, pecan dan walnut sumber lemak politaktepu sihat. Tapi ingat, kekacang juga padat dengan kalori, jangan makan lebih dari segenggam.

4. Buah-buahan

Buah-buahan juga mengandungi kalori, tetapi kaya dengan fiber dan zat. Elak buah-buahan beku atau dalam tin kerana mempunyai bahan tambahan lain.

5. Greek Yogurt Tanpa Lemak

Sumber yang baik untuk vitamin-vitamin B, kalsium, protein, potasium dan zink.

6. Kopi Tanpa Gula

Secawan kopi 16 auns mengandungi sebanyak 300mg kafein. Kafein membantu mekanisme badan manusia untuk membakar kalori. Tapi, pastikan ianya kopi hitam tanpa krim dan gula.
Kajian: 6 Jenis Sarapan Ini Dapat Bantu Kurangkan Berat Badan Kajian: 6 Jenis Sarapan Ini Dapat Bantu Kurangkan Berat Badan Reviewed by resepi on 6:56 PM Rating: 5
Reviewed by on Rating: 5
Powered by Blogger.