Cara Berkesan Hilangkan Daki dan Sel Kulit Mati



Cara Berkesan Hilangkan Daki dan Sel Kulit Mati Pada Anggota Tubuh Badan Seperti Leher, Tengkuk, Peha dan Ketiak. Cara dan petua berkesan untuk menghilangkan daki dan sel kulit mati pada seluruh anggota tubuh badan adalah seperti dibawah :





Petua Berkesan Hilangkan Daki Guna Sireh dan Beras
Kisarkan segenggam beras sehingga halus.
Selepas itu, tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat.
Campurkan beras yang telah dikisar dengan sireh yang telah ditumbuk tadi dan kacau hingga ianya sebati.

Petua dan Panduan Hilangkan Daki Pada Badan
Sebelum mandi, lumurkan dahulu adunan beras dan sirih tersebut ke anggota tubuh badan. Kemudian gosokan dengan perlahan-lahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tertanggal dari badan kita. Selainmenghilangkan daki, petua ini mampu menjadikan kulit badan kita lebih halus, dan turut dan mampu menyegarkan bau badan anda.


Petua Berkesan Hilangkan Daki Pakai Beras Kunyit dan Asam Jawa
1. Sediakan beras, kunyit hidup dan asam jawa
2. Gorengkan beras tanpa minyak sehingga warna bertukar keperang-perangan,
3. Kisar beras yang telah digoreng tersebut
4. Kemudian tumbuk hingga hancur satu inchi kunyit hidup.
5. Selepas itu, gaulkan beras dan kunyit yang telah dikisar dan ditumbuk tadi dan masukkan segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air.
6. Perapkan dalam tempoh kira-kira satu jam.


Petua Berkesan Hilangkan Daki dan Sel Kulit Mati
Ketika mandi, sila gosokkan bahan-bahan yang telah disediakan tadi ke seluruh anggota badan dalam tempohkira kira 5 minit. InsyaAllah ianya mampu menanggalkan sel-sel kulit mati serta daki yang ada pada anggota tubuh badan kita. Selepas siap, bilas dengan menggunakan air paip. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

Diharap dapat sedikit sebanyak dapat membantu anda. Jika anda Petua Mudah dan Berkesan Hapuskan Daki diatas turut berguna kepada mereka yang memerlukannya, sila bantu kami menyebarkannya dengan klikpada simbol g+1 dibawah atau sebarkan dilaman-laman sosial milik anda. Sekian, terima kasih.
Cara Berkesan Hilangkan Daki dan Sel Kulit Mati  Cara Berkesan Hilangkan Daki dan Sel Kulit Mati Reviewed by resepi on 10:39 PM Rating: 5
Reviewed by on Rating: 5
Powered by Blogger.