DAGING LEMBU MASAK KICAP


BAHAN A

- Daging lembu 1 kilogram
- 5 sudu kicap pekat
- 4 sudu sos cili
- suku cawan air
- 3 sudu minyak masak
- 2 biji bawang besar dihiris gelang
- Garam/ bahan perasa secukupnya

BAHAN B (untuk dikisar)

- 6 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 5 batang cili kering

CARA MEMBUAT

1. Panaskan minyak masak serta tumis bahan B yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging lembu yang telah dibasuh dan dipotong dadu.
3. Masukkan air serta 5 sudu kicap pekat dan sos cili sehingga mendidih.
4. Masukkan bawang besar yang dihiris gelang.
5. Gaulkan serta masukkan Garam/bahan perasa secukupnye.
6. Sedia dihidangkan.


DAGING LEMBU MASAK KICAP DAGING LEMBU MASAK KICAP Reviewed by drawing technique on 7:22 AM Rating: 5
Reviewed by on Rating: 5
Powered by Blogger.