4 Tip MUDAH Kurus Sebelum Raya


1. Elakkan Garam

Garam menyerap dan menyimpan air. Memang ia penting jua untuk mengurangkan dehidrasi semasa bersukan, tetapi semasa berpuasa pengambilan makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dsb mempercepatkan lagi dehidrasi dan akan membuatkan anda cepat haus.



Kurangkan garam dalam makanan



2. Target kalori

Statistik menyebut hanya 30% kurus melalui senaman, 70% adalah melalui penurunan kalori. Anda boleh target kalori anda seperti berikut:
Sahur: 500kcal
Berbuka: 700kcal
Moreh: Antara 300-400 kcal

Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat dalam hidangan anda.



Kira kalori anda agar tidak berlebihan



3. Pengambilan air mencukupi

Walaupun berpuasa, pastikan anda tidak mengambil air terlalu banyak. Ini kerana lebih banyak anda minum, lebih cepat badan membuangnya dan anda akan mudah berasa haus. Ini semasa sahurlah. Jika masa berbuka, boleh minum air kosong banyak mana pun sehingga tidur.
Sahur: Antara 2-3 gelas sederhana air suam, seperti kombinasi 1 gelas air manis + 2 gelas air kosong
Berbuka: 1 gelas air panas, air kosong, air manis pastikan ambil last sekali. Kalau banyak minum air manis, kalori pun berlebihan.

Bagi berbuka, saya selalu minum Performance Drink + Vivix, pergh sedap dan nyaman betul. Air panas pula saya hanya ambil Cinch Tea yang dicampurkan dengan madu. Sedap sangat.

Bagi ibu menyusu anda boleh ambil ESP dahulu sebelum mengambil hidangan lain.



Elakkan air manis di bulan Ramadhan




4. Elakkan kafein
Kafein adalah diuretik iaitu kualiti yang memaksa badan membuang air. Ini mempercepatkan dehidrasi semasa berpuasa. Kalau ingain mengambil minuman berkafein, tidak menjadi masalah, tetapi kurangkan kuantiti pengambilan.



Kurangkan pengambilan kafein

Jika anda dapat mengikuti kesemua tips di atas, tidak mustahil anda boleh kurus sebelum raya nanti.

Bagi semua pelanggan kami, boleh berhubung terus dengan saya untuk dapatkan cara pengambilan vitamin semasa berpuasa nanti. Bagi ibu menyusu dan ingin kurus, juga boleh berhubung dengan saya untuk dapatkan menu dan tips di sepanjang puasa.

4 Tip MUDAH Kurus Sebelum Raya 4 Tip MUDAH Kurus Sebelum Raya Reviewed by resepi on 5:27 AM Rating: 5
Reviewed by on Rating: 5
Powered by Blogger.